Tuesday, February 22, 2011

The Libertines ReUnion di Reading dan Leeds 2010


The Libertines terpaksa memberhentikan persembahan mereka buat dua malam yang berturut – turut Sabtu (28 Ogos 2010) selepas peminat mereka bersesak untuk menyaksikan kumpulan kegemaran mereka itu. Ada yang terhimpit , tersepit dan menyebabkan persembahan di hentikan seketika .
Kumpulan yang terkenal dengan bunyian yang agak garajBritish ini sekali lagi terpaksa menghentikan persembahan mereka buat seketika kerana mereka merisaukan keselamatan para peminat .
Libertines bergabung tahun ini selepas enam tahun berturut turut menyertai Festival Reading & Leeds di England , hujung minggu ini (27 – 29 Ogos) selepas semalam menghentikan persembahan mereka di Leeds Festivals pada 27 Ogos kerana mereka amat bimbangkan keadaan peminat yang tidak dapat di kawal .
Set Libertines berjaya menarik lebih kurang 80000 peminat . Malangnya mereka terpaksa menghentikan persembahan seketika kerana peminat semuanya mahu melihat hero mereka ini dengan jarak dekat .
Frontman , Carl Barat sempat berkata semasa menghentikan persembahan , “Orang hadapan semakin hancur penyek, bolehkah anda undur sedikit ke belakang ? “. Ujar Barat .
Ketika mereka kembali, mereka menghabiskan set dan selepas berpelukan sesama mereka.Doherty dan Barat berpelukan sebelum diukuti oleh gary Powell dan bassis , John Hassal .
Libertines memberitahu mereka mungkin akan mengekalkan gabungan ini dan akan menetapkan masa depan mereka hujung minggu ini bermula 30 Ogos 2010 .

No comments:

Post a Comment