Soundgarden telah mengatakan bahawa album baru mereka akan sangat berbeza dari rekod - rekod awal.
Band ini mengatakan yang album pertama mereka setelah 15 tahun akan memaparkan 'update bahan lama', tapi gitaris KimThayil tampaknya menegaskan bahawa LPbaru akan kedengaran sangat berbeza.
Berbicara kepada Kerrang, Thayil berkata: "Kami ingin memastikan material - material kali ini akan membuatkan kami teruja. Hal terakhir yang kita ingin lakukan adalah merekod sound grunge atau metal .."
Dia menambah bahawa band Seattle ini ingin merakam album dengan "bahan-bahan yang akan mengujakan ."
Thayil mengatakan bahawa tidak ada target tarikh release untuk album tersebut atau belum, hanya menambah bahawa band ini ingin merakam dan mengeluarkan album "secepat mungkin", tapi solo tour penyanyi Chris Cornell dan komitmen drummer Matt Cameron dengan Pearl Jam haruslah yang pertama.
Dia berkata: "Semuanya bergantung pada band. Semua orang ingin album ini untuk keluar secepat mungkin, tetapi pada saat ini, tidak ada alasan untuk terburu-buru apa pun .."
Thayil juga mengatakan band akan cenderung untuk tour setelah album baru dilancarkan .
No comments:
Post a Comment